Rabu, 26 Oktober 2011

Sifat Sombong

:Allah SWT berfirman

قَالِ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Ertinya:
“Iblis berkata: Aku lebih baik daripada-Nya, aku Engkau jadikan daripada api dan Engkau jadikan ia daripada tanah.”
(ash-Shod:76)
     
Sombong adalah penyakit hati yang sangat berbahaya dan hanya syaitan-syaitan terkutuk saja yang memiliki sifat tersebut.

      Orang-orang yang mempunyai perasaan dan mempunyai pandangan bahawa dirinya lebih baik, lebih cakap daripada orang lain, daripada makhluk Ilahi lainnya maka orang tersebut termasuk golongan orang sombong.

       Tentunya kita akan menilai bahawa orang yang baik sesungguhnya ialah orang yang dipandang baik menurut pandangan Allah di akhirat kelak. Namun pandangan yang demikian suatu hal yang tidak diketahui oleh manusia sampai manapun jua.

       Kepercayaan bahawa dirinya itu lebih baik daripada diri orang-orang lain adalah suatu kebodohan belaka. Engkau tidak semestinya memandang orang lain dengan pandangan lebih baik daripada engkau atau dalam segala hal lebih baik daripada engkau.

        Islam sangat melarang akan sifat sombong kepada para pemeluknya. Hal ini dapat diketahui melalui nas-nas Al-Quran dan Hadith, seperti  yang tertera dibawah ini:

أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Ertinya:
“….ia (iblis) dan menyombongkan dirinya. Ia termasuk golongan orang-orang kafir.”
(Al-Baqarah: 34)

       Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
       “orang-orang yang sombong itu akan dibangkitkan dihari kiamat seperti  semut adalah rupa manusia. Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada.

       Mendengar sabda Rasulullah tersebut, seorang sahabat bertanya: wahai Rasulullah SAW: bagaimana kalau seorang yang memakai bajudan kasut yang cantik. Maka sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah itu indah atau bagus atau bagus, suka kepada kebagusan.

       Sifat takabbur ialah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang. Baramgsiapa yang menganggap dirinya tinggi dan bermegah dengan darjatnya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itu lah orang yang disebut sombong.



Sifat sombong sentiasa menyelinap dihati, akan tetapi kentara dengan tanda-tandanya pada diri manusia. Diantara tanda-tandanya iaitu:
o Merasa dirinya lebih maju dari orang lain.
o Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
o Minta disanjung dihadap majlis khalayak ramai.
o Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan.
o Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah.
o Tidak mengindahkan nasihat, atau teguran orang.
o Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah bersalah.
o Suka memuji-muji dirinya sendiri.
Bermegah-megah dengan keturunan.
       Semua sifat ini menandakan sifat-sifat takabbur , sombong yang amat tercala dan buruk, yang kerap menimpa  pada yang kurang mendalami ilmu pengetahuan agama.

       Sebagai penutup dari huraian ini marilah kita perhatikan lagi sabda Rasulullah SAW:

مَنْ تَوَاضَعَ رَفَعَهُ الله، وَمَنْ تَكَبَّرَ وَضَعَهُ الله.
Ertinya:
“Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. Dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescaya Allah akan merendahkannya

73 Golongan Umat Nabi Muhammad SAW

Tentang Islam akan terpecah menjadi banyak golongan

“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Muslim.

Daripada Rasulullah Saw riwayat Jabir Ibnu Abdullah bersabda :

“ Akan ada generasi penerus dari umatku yang akan memperjuangkan yang haq, kamu akan mengetahui mereka nanti pada hari kiamat, dan kemudian Isa bin Maryam akan datang, dan orang-orang akan berkata, “Wahai Isa, pimpinlah jamaa’ah (Solat), ia akan berkata, “Tidak, kamu memimpin satu sama lain, Allah memberikan kehormatan pada umat ini (Islam) bahwa tidak seorang pun akan memimpin mereka kecuali Rasulullah SAW dan orang-orang mereka sendiri.”

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Ibnu Majah.

Hazimin KUPU SB

Selamat Datang Ke Blog Md Hazimin Bin Hj Ibrahim